Karnival Usahawan Di PPR Kg Baru Air Panas

4 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Mac 2019 yang lalu, PPR Kg. Baru Air Panas telah bekerjasama dengan Persatuan Penduduk PPR Kg. Baru Air Panas dan amaxMALL bagi menjayakan program Program Keusahawanan PPR Kg. Baru Air Panas bersama penduduk PPR Kg. Baru Air Panas. Program ini turut dihadiri oleh YB Tuan Nik Nazmi MP Setiawangsa sebagai jemputan kehormat. Tujuan program ini diadakan adalah untuk menjalinkan hubungan antara pihak pengurusan Pusat Internet PPR Kg Baru Air Panas bersama dengan komuniti PPR Kg. Baru Air Panas dan mengenal pasti fungsi-fungsi serta peranan amaxMALL kepada komuniti Selain itu, program ini juga bertujuan melatih serta membakar semangat-semangat usahawan muda atau bakal-bakal usahawan untuk menjalankan perniagaan.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung antaranya ialah, Zumba, Futsal Friendly Match, Jualan Booth Usahawa-usahawan muda, Beauty Demo dan sebagainya. Hal ini secara tidak langsung dapat menarik minat bakal usahawan atau komuniti PPR Kg. Baru Air Panas untuk berkunjung ke Pusat Internet dan menggunakan Pusat Internet sebagai salah satu tempat untuk mereka mendapatkan sumber rujukan. Di booth Pusat Internet pelbagai aktiviti diadakan, antaranya ialah program yang dijalankan adalah Kuiz Uji Minda KDB, Typing Challenge, Puzzle online dan Demonstrasi 3D Printer.



Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali